Rahasia Khasiat Buah Kurma
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandung khasiat gizi yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering.Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa.Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula jadi.Maksudnya apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah secara langsung.Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandung sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.
Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandung potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf.Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandung potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpulkan racun di dalam badan dan tidak memudaratkan.Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, badan pegal-pegal, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan.Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah sebanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara penghasil anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firman Allah Ta’aladalam surat Al Mukminah ayat 19, “Kemudian Kami tumbuhkan dengannya kebun kurma dan anggur untuk kamu.Disana kamu mendapatkan buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mana maksudnya “Rumah yang tidak ada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.Kurma menyuplai tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadah dan menunaikan shalat maghrib dan tarawih.Apabila badan terasa segar dan bertenaga, maka ia menekan kita makan berlebihan memuaskan hawa nafsu.Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.Disebabkan makanan yang diambil kebanyakan mengandung karbohidrat tanpa tenaga, hal ini menjadi penyebab apabila selesai makan, mata pun mengantuk.
Diriwayatkan oleh Aisyah radiyallahu ‘anha yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.“Barangsiapa selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa ‘alaihissalam di bawah pohon kurma.Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Maryam menggoyang pohon kurma lantas dimakannya.Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa ‘alaihissalam
Dalam bidang pengobatan dengan kandungan tanpa kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh,direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit.Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini (Malaysia).Di negara asalnya selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirup atau bahan tambahan dalam ice cream
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja.Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandung karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang bisa menyebabkan munculnya pelbagai jenis penyakit.
(Hamidah Ahmad, Sumber http://www.geocities.com/pemancar_fm313/kurma.html)